3600 Saat  

Posted by READERS' CLUB

Mari beralih angin pula dengan buku cerita menarik berbahasa Melayu. 3600 Saat tajuk yang menarik hati ramai pembaca dan pasti tertanya-tanya mengapa buku ini diberi tajuk sedemikian. Mari kita ikuti kisah selanjutnya.
---------------------------------------------------------------
oleh Syafiqah bt Othman (5 Neptune)

Cerita ini mengisahkan seorang gadis yang bernama Sofea yang berusia 18 tahun. Sofea merupakan seorang gadis yang berbudi bahasa, hormat ibu bapa dan sopan santun. Dalam keluarganya, Sofea sangat rapat dengan bapanya, En Radi manakala ibunya Puan Marai sibuk dengan kerjanya di hotel yang baru dibukanya tetapi semua itu berubah apabila ibunya telah mengambik keputusan untuk bercerai dengan bapanya . Sejak daripada itu perangai Sofea yang dulu baik dan lemah lembut berubah menjadi gadis yang bermasalah . Sofea sering ponteng sekolah, membakar sekolah, merokok dan paling teruk sekali ialah dia sering bertengkar dengan ibunya kerana bercerai dengan ayahnya. Sofea sering mengurungkan diri di dalam bilik dan keluar rumah untuk mengelak drpd berjumpa dengan ibunya. Akhirnya, Puan Maria bercadang untuk menghantar Sofea ke sekolah swasta. Sofea terpaksa mengambil SPM untuk kali kedua di sekolah baru dek kerana perangai buruknya di sekolah lepas. Di sekolah barunya itu, Sofea tidak mempunyai kawan kerana perangainya yang menyebabkan rakan sekelasnya menjauhkan diri drpd Sofea sehinggalah pada suatu hari dia bertemu dengan seorang pemuda yang bernama Hadi atau lebih dikenali sebagai "Si Pemain Piano". Hadi mempunyai identiti dan perangai yang sangat berbeza dengan Sofea. Hadi merupakan seorang pelajar yang sangat disayangi oleh gurnunya dan merupakan tokoh pelajar sekolah manakala Sofea tidak selesai dengan masalah disiplin dan sering bertengkar dengan ibunya.
Namun begitu, perbezaan identiti mereka akhirnya membawa kepada persahabatan yang sangat akrab. Saya suka membaca buku ini kerana buku ini menerapkan pelbagai nilai murni yang boleh diterapkan dalam diri setiap palajar seperti tolong-mneolong, menghormati orang lain dan simpati. Saya amat mengesyorkan buku ini kepada rakan-rakan.